Alhamdulilah, dari pihak pengurusan akar bina training dan moderator laman web kami mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Robb Sekalian Alam. Semakin hari semakin ramai pengujung dan semakin ramai yang memeriahkan laman ini dengan keahliannya. Terima Kasih buat anda yang mendokong laman ini. Buat pengetahuan semua laman web ini adalah sebuah keniscayaan daripada bengkel penulisan islami siri 1 kendalian kang abik pada november 2008. Kang Abik menyungguhkan kemahuannya agar ada lanjutan daripada bengkel tersebut dengan semua pesertanya di tata dengan baik. Justeru pihak pengajur bengkel telah mengambil inisiatif membina laman web ini sebagai langkah pertama menjelmakan impian kang abik.
Malangnya tidak ramai daripada peserta bengkel yang mengetahui kehadiran laman ini disebabkan kecuaian pihak pengajur sendiri. Kami kehilangan data-data berharga peserta bengkel, Justeru kami memohon jasa baik ahli-ahli yang masih mempunyai simpanan maklumat peserta supaya mewar-warkan kewujudan web ini.
Setelah menghampiri setahun penubuhannya, kami telah mengadakan satu lagi bengkel penulisan novel islami siri 2 yang telah diadakan secara online kendalian Ust. Alwi Al Attas presiden FLP Cabang Malaysia dan Ibu Tria selaku anggota FLP . Alhamdulilah bengkel itu juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami mendapat penyertaan daripada GKLN (Gambungan Karyawan Luar Negara) dan beberapa penulis tempatan serta pelajar-pelajar IPT seluruh dunia. Masalah-masalah teknikal yang terjadi seperti voice break down tidak melemahkan semangat peserta untuk terus mengikuti bengkel tersebut.
Dengan ini kami sekali lagi mengumumkan satu bengkel penulisan (siri 3) akan diadakan tetapi lebih bersifat summer camp yang diberi nama Summer Writing Camp yang bakal diadakn di sebuah resort di Cameron Highlnd. Selain mengadakan bengkel, summr cmp itu bertujuan untuk melantik ahli majlis tertinggi bagi Kelab ini dan seterusnya mencadangkan sebuah nama bagi mewakilinya.
Comment Wall (1 comment)
You need to be a member of Ayat Ayat Cinta Fans Club to add comments!
Join this Ning Network

bersambung...